Monday, November 22, 2010

PENGORBANAN DAN KEIMANAN

10 DZULHIJJAH kita rayakan 'AIDIL ADHA' sempena ibadat haji yang dilakukan di Makkah, Bagi mereka yang tidak menunai haji yang mahu sama-sama melakukan ibadat mereka digalakkan melakukan ibadat menyembelih binatang selepas solat 'aidil adha'.
Antara tujuan ibadat qurban ialah untuk mendidik ummat Islam agar sanggup menggeluarkan sesuatu dari milik mereka untuk diberikan kepada orang lain. Ia juga mendidik ummat ini agar sanggup berkorban apa sahaja samaada harta, masa bahkan nyawa demi mencapai keredaan ALLAH taala.